News
11 March 2023
Taklimat bagi Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam
13 Februari 2023 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) meneruskan pemberigaan Wawasan Brunei 2035 melalui taklimat bagi Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam (IPA). Kursus yang dikendalikan oleh IPA dihadiri seramai 135 pegawai dan kakitangan dari beberapa Kementerian dan Jabatan Kerajaan yang baru berkhidmat. Taklimat tersebut diadakan di Dewan Isyraq, IPA.
Taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Siti Khadijah binti DPS Hj Abdul Rahman, Pegawai-Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II menyentuh tentang kepentingan dan kerjasama semua melalui pendekatan “Whole-of-Government" dalam sama-sama mencapai matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035.
Kursus Induksi berkenaan dijalankan selama dua hari iaitu dari 13 Februari hingga 14 Februari 2023 di IPA. Antara objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam perkhidmatan kerajaan dan menyuntik semangat untuk terus memberikan kerjasama dalam mendokong aspirasi Negara.