News
14 May 2018
Pegawai dan Kakitangan Jabatan Mufti mengenai Wawasan Brunei 2035
-BAHASA MELAYU-
Bangunan Darulifta, 30 January 2018
Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035, Jabatan Perdana Menteri terus mengadakan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 kepada Kementerian dan Jabatan bagi tahun 2018 ini. Sesi taklimat pertama bagi tahun ini telah diadakan di Jabatan Mufti Kerajaan. Sebanyak 70 pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Mufti Kerajaan telah menghadiri taklimat berkenaan.
Taklimat kepada penjawat awam seperti ini berhasrat untuk mensejajarkan kesemua jabatan dan kementeriaan kerajaan supaya mereka memahami peranan mereka dalam memulakan usaha ke arah menjayakan Wawasan Brunei 2035. Taklimat ini juga boleh meningkatkan kerjasama antara agensi-agensi lain bagi merealisasikan pendekatan "Whole of Government". Pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Mufti Kerajaan telah diberikan peluang untuk mengemukakan pandangan serta pertanyaan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan Wawasan Brunei 2035.
-ENGLISH-
Darulifta Building, 30 January 2018
The Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035, Prime Minister’s Office continues to conduct briefings on Wawasan Brunei 2035 to ministries and departments in 2018. The first session for this year will be at State Mufti’s Office. A total of 70 officers and staffs from the State Mufti’s Department attended the briefing.
Briefings to civil servants are intended to align all the stakeholders so that they understand their role in initiating efforts towards achieving the Wawasan Brunei 2035. This would also strenghten close collaboration with other agencies as part of the ‘Whole of Government’ approach. The officers and staffs from the State Mufti’s Office are given the opportunity to express their concerns and queries on the current issues concerning the Wawasan Brunei 2035.