News
21 March 2023
Lawatan Sambil Belajar Universiti Brunei Darussalam
15 Februari 2023 – Kira-kira 21 pelajar dan pensyarah daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD) mengikuti lawatan sambil belajar ke Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Lawatan tersebut diselitkan dengan taklimat dan beberapa aktiviti daripada PWB.
Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Yang Mulia Siti Multazimah binti Hj Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I. Beliau menyentuh tentang pengenalan serta aspirasi-aspirasi bagi pencapaian Wawasan Brunei 2035. Selain itu juga, taklimat turut menerangkan tentang kepentingan dan impak pendekatan seluruh negara dalam mencapai Wawasan Negara.
Anatara objektif lawatan sambil belajar ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar-pelajar UBD mengenai pembangunan negara serta inisiatif-inisiatif yang telah dan sedang giat dilaksanakan. Di samping itu juga, lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan yang meluas mengenai wawasan agar para pelajar dan belia lebih semangat dan bergiat aktif dalam menjayakan Wawasan Brunei 2035.