News
17 August 2023
Taklimat bagi Kursus Induksi Radio Televisyen Brunei
20 Mei 2023 – Taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah dihadiri seramai 20 pegawai dan kakitangan baharu Radio Televisyen Brunei (RTB) yang diadakan di Pusat Perkembangan Penyiaran, RTB.
Taklimat ini memberikan para peserta pemahaman yang lebih mendalam mengenai matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035, mengongsikan inisiatif-inisiatif yang telah dan sedang giat dilaksanakan serta perkembangan negara hingga ke hari ini.
Perkara-perkara ini disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Siti Khadijah binti DPS Hj Abdul Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Taklimat ini adalah salah satu sesi yang dimuatkan di dalam Kursus Induksi RTB yang diadakan pada 15 Mei 2023 hingga 20 Mei 2023. Antara objektif taklimat ini adalah untuk memberikan wadah dan suntikan semangat komitmen kerja dalam mejalankan tugas sebagai penyiar 'broadcaster' di RTB.