News
21 August 2023
Taklimat bagi PUJA Academy Sdn Bhd
30 Mei 2023 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah dijemput oleh PUJA Academy Sdn Bnd (PASB) untuk menyampaikan seminar “The Wawasan Brunei 2035 Report (2015-2022)". Seramai 50 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan, ahli-ahli Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA), dan pakar-pakar dari industri pembinaan telah menghadiri taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Hurairah, Pengarah, PWB.
Taklimat yang berlangsung di Dewan Atria Simpur, Jabatan Kerja Raya (JKR), Dr. Hajah Huraini, menerangkan bahawa Wawasan Brunei 2035 adalah matlamat jangka panjang Negara Brunei Darussalam yang dilancarkan pada tahun 2008 untuk menjadi sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, kualiti kehidupan rakyat yang tinggi, dan ekonomi yang dinamik dan bedaya tahan. Beliau juga menyentuh tentang kerangka kerja yang menggariskan 12 hasil pencapaian kebangsaan negara dengan dokongan tiga Blueprints: Manpower, Social dan Economic.
Taklimat tersebut juga memberikan gambaran keseluruhan Laporan Wawasan Brunei 2035 (2015-2022), yang menekankan pencapaian utama dan perkembangan negara sepanjang tujuh tahun.