News
21 August 2023
Taklimat bagi Mentor-Mentor Konvensyen Pemimpin Muda Brunei
1 Jun 2023 - Mentor-mentor undangan bagi Konvensyen Pemimpin Muda Brunei (BYLC) 2023 telah menghadiri sesi taklimat daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri bagi persediaan konvensyen berkenaan.
Taklimat tersebut bertujuan untuk meningkatkan kefahaman para mentor mengenai hasrat pembangunan negara, mengongsikan perkembangan terkini Wawasan Brunei 2035 serta pencapaian negara setakat ini, sebelum berlangsungnya BYLC selama tiga hari bermula 12 Jun 2023.
Antara perkara yang ditekankan semasa taklimat disampaikan oleh Yang Mulia Siti Multazimah binti Hj Ibrahim, Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat I, PWB adalah penglibatan aktif dan potensi belia sebagai generasi berwawasan, memimpin dalam melaksanakan perubahan positif dan memacu kemajuan di masa hadapan.
Mentor-mentor undangan yang terdiri daripada Ahli Majlis Mesyuarat Negara, wakil daripada kementerian-kementerian, sektor swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO), dan pakar motivasi akan mengikuti forum, sesi soal jawab dan klinik mentor bersama para peserta BYLC.