News
21 August 2023
Taklimat bagi Induksi Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED)
8 Jun 2023 - Sebagai usaha berterusan dalam mendukung mencapai matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035, Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri meneruskan lagi pemberigaan semasa Induksi Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi pegawai baharu tahun 2023.
Seramai 15 pegawai dan kakitangan baharu yang memulakan penempatan kekal di unit dan cawangan JKED mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Multazimah binti Hj Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, PWB.
Dalam taklimat tersebut, peserta didedahkan mengenai inisiatif dan perkembangan terkini kearah menuju Wawasan Negara termasuk dalam bidang pendidikan, kualiti kehidupan dan ekonomi.