Turn on more accessible mode
Turn off more accessible mode
Sign In
Kementerian
  • Jabatan Perdana Menteri
  • Kementerian Kewangan dan Ekonomi
  • Kementerian Pertahanan
  • Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri
  • Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
  • Kementerian Pendidikan
  • Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
  • Kementerian Pembangunan
  • Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
  • Kementerian Kesihatan
  • Kementerian Hal Ehwal Ugama
  • Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
  • Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian
Versi Bahasa Melayu | English Version
  • WB35
  • MATLAMAT 1
  • MATLAMAT 2
  • MATLAMAT 3
  • URUSTADBIR
    • Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035
  • Maklumat Awam
Edit Title Bar Properties
Untitled_1

News
21 August 2023


Pameran dan Taklimat bagi Konvensyen Pemimpin Muda Brunei (BYLC) 2023

​

12 Jun 2023 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri mengambil bahagian sebagai penyelaras bersama dalam Konvensyen Pemimpin Muda Brunei (BYLC) 2023 anjuran Perspective Insan Academy. Konvensyen yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 Jun 2023 bertujuan untuk membantu para belia untuk bergiat lebih aktif dalam melaksanakan program dan projek yang dapat membantu dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.

 

Sesi taklimat yang disampaikan oleh PWB telah diadakan pada hari pertama yang dihadiri seramai 120 peserta belia daripada pihak Kerajaan, sektor swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO), dan masyarakat. Dalam taklimat tersebut, Yang Mulia Dayang Amalina binti Haji Awang Tengah, Pemangku Pegawai Tugas-tugas Kanan mengongsikan kemajuan terkini serta inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan ke arah mencapai Wawasan Negara.

 

Sepanjang konvensyen berkenaan, PWB juga turut membukakan reruai (booth) pameran bagi berkongsi maklumat terkini mengenai Wawasan Brunei 2035 dan berinteraksi bersama para peserta. Bagi hari kedua konvensyen, beberapa aktiviti dikendalikan oleh PWB juga diselitkan bagi menguji minda belia mengenai Wawasan Negara serta melatih para peserta menjadi individu yang berkeyakinan dalam menghadapi cabaran di masa akan datang.

 

BYLC 2023 merupakan sebuah platform yang menyatukan para belia yang berumur di antara 15 hingga 35 tahun, dan pemimpin belia tidak melebihi 45 tahun yang berminat dan berhasrat untuk berganding bahu dalam membangun negara dan merealisasikan Wawasan Brunei 2035. Konvensyen bersempena Brunei Mid-Year Conference and Exhibition (MYCE) 2023, dikendalikan di Dewan Serbaguna, Universiti Teknologi Brunei.


Countdown to Wawasan 2035
00
00
00
00
00
00
YRS
MOS
DAYS
HRS
MINS
SECS

Apakah Wawasan Brunei 2035?

Wawasan Brunei 2035 adalah hasrat negara bagi memastikan rakyat akan berpendidikan tinggi, berkemahiran dan berjaya; mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi; dan ekonomi negara yang dinamik dan berdayatahan menjelang tahun 2035

Sumber dan Rujukan

  • United Nations Development Programme (UNDP)
  • The World Bank
  • International Monetary Fund (IMF)
  • Asian Development Bank (ADB)

Pihak yang berkepentingan

  • Autoriti Monetari Brunei Darussalam
  • Jabatan Kemajuan Ekonomi Brunei (JPKE)
  • Brunei Economic Development Board (BEDB)
  • Darussalam Assets
  • Unit Dasar dan Perancangan Sumber Tenaga Manusia (MPPU)
  • Darussalam Enterprise (DARE)
  • Job Centre Brunei
  • Registry of Companies & Business Names Brunei
  • PSC Recruitment
  • Brunei Darussalam National Single Window
  • Gov.bn
  • Talian Darussalam 123
  • Land Application and Registration Information System (LARIS)
  • Pasar Pelbagai Barangan Gadong
  • Biz Brunei
  • Made in Brunei Market Fair
  • Jabatan Pembangunan Masyarakat
  • Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat
Visitor Count

 
1100321

Copyright © 2019 Wawasan 2035. All rights reserved.