News
21 August 2023
Taklimat bagi Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam (IPA)
17 Jun 2023 – Taklimat mengenai hala tuju Wawasan Brunei 2035 terus diberigakan melalui Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam (IPA). Seramai 139 pegawai dan kakitangan dari beberapa Kementerian dan Jabatan Kerajaan yang baru berkhidmat berpeluang mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan Isyraq, IPA.
Taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Siti Khadijah binti DPS Haji Abdul Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, menerangkan mengenai pengenalan terhadap peranan PWB, tanggungjawab pelbagai pihak dalam mendukung matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035 dan strategi yang dilaksanakan ke arah mencapai Wawasan Negara dalam pembangunan negara.
Antara objektif untuk mengadakan taklimat ini adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta yang hadir untuk bekerjasama melalui pendekatan senegara dalam mencapai matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035.