News
19 May 2018
Pencerahan Wawasan bagi peserta Program Perkampongan Sivik
Sungai Kebun, 5 Mei 2018,
Program Perkampungan Sivik merupakan salah sebuah program Jabatan Penerangan yang dibukakan kepada individu-individu lepasan ijazah. Ianya di hasratkan untuk memberikan kefahaman dan maklumat mengenai falsafah, aspirasi dan matlamat negara supaya mereka dapat mengimbangi pengetahuan akademik mereka. Selaras dengan tujuan ini, taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 juga turut diberikan kepada para peserta sebagai sebuah komponen penting dalam program ini.
Taklimat Wawasan ini juga merupakan antara inisiatif dalam memberigakan Wawasan Brunei 2035 kepada warga belia di negara ini. Seramai 22 peserta yang terdiri daripada para lepasan Ijazah sarjana muda yang telah tamat pengajian dari dalam dan luar negara.