News
09 January 2024
Taklimat bagi Minggu Ta'aruf KUPUSB Sesi Pengajian 2023 / 2024
27 Julai 2023 –Taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 terus diberigakan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada 269 pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) Sesi Pengajian 2023 / 2024, yang bertempat di Dewan Tarbiah, KUPUSB.
Antara pengisian taklimat adalah mengenai peranan PWB, pengongsian cabaran yang dihadapi dan pencapaian dalam merealisasikan Wawasan Negara. Taklimat ini juga bagi meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar untuk sentiasa proaktif, melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan bersedia dalam mengharungi cabaran masa hadapan. Perkara tersebut antara yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Nur Edzalina binti Haji Idris, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, PWB.
Minggu Taáruf ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar baharu mengenai budaya hidup sebagai pelajar di KUPUSB dalam konteks kemahiran mengurus masa, memupuk budaya mencari ilmu, mengenali dan membiasakan diri dengan rutin harian serta persekitaran KUPUSB.