Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Bahasa Melayu | English

Text size :

A A A

Skip Navigation LinksNews Events Announcements

  
  
Details
  
  
Details Summary
  
3/24/2018

Jabatan Perdana Menteri, 24 Mac 2018


Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035, Jabatan Perdana Menteri meneruskan usaha-usaha pemberigaan dengan memberikan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada Jabatan Tenaga dan Perindustrian. Seramai 164 pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Tenaga dan Perindustrian telah menghadiri taklimat berkenaan. Turut hadir dalam sesi taklimat ini ialah Yang Mulia, Dato Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw, Timbalan Menteri Tenaga dan Perindustrian.

 

Tujuan taklimat kepada penjawat awam diadakan adalah untuk memastikan pensejajaran diantara kesemua jabatan dan kementeriaan kerajaan dan mengukuhkan lagi pendekatan kerajaan secara "Whole of Government".

 

Ianya adalah amat penting bagi setiap pegawai dan kakitangan di kementerian dan jabatan kerajaan untuk memahami peranan mereka sebagai individu-individu yang aktif menjayakan Wawasan Brunei 2035. Oleh itu, sesi ini juga memberikan peluang kepada warga Jabatan Tenaga dan Perindustrian untuk mengemukakan pandangan serta pertanyaan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan Wawasan Brunei 2035.

 

NewsPeserta daripada Jabatan Tenaga dan Perindustrian semasa Taklimat Wawasan diadakan
Dalam usaha untuk memastikan maklumat mengenai Wawasan Brunei 2035 adalah diketahui oleh pegawai dan kakitangan, Jabatan Tenaga dan Perindustrian telah mengadakan satu sesi taklimat Wawasan Brunei 2035
  
3/5/2018
Kompleks PKBN Temburong, 3 Mac 2018,

Peserta-peserta Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) bagi pengambilan ke 7 telah mengikuti sesi taklimat dan bengkel mengenai Wawasan Brunei 2035. Taklimat Wawasan yang diberikan telah memperkenalkan komponen Wawasan Brunei 2035 dan kemudiannya para peserta telah berpeluang secara berkumpulan untuk melakar harapan mereka menjelang tahun 2035 dan mengkongsikannya di dalam sesi bengkel.

Adalah diharap dengan adanya sesi seperti ini akan dapat mengerakkan para belia untuk menjadi lebih proaktif dalam sama-sama menjayakan wawasan. Seramai 374 orang peserta telah hadir pada sesi taklimat dan bengkel ini.
NewsAntara peserta PKBN pengambilan ke 7
Pemberigaan kepada warga belia merupakan salah satu komponen penting dalam strategi pemberigaan Wawasan Brunei 2035 oleh itu sebuah sesi taklimat dan bengkel yang telah diberikan bagi peserta PKBN bagi pengamilan ke 7.
  
4/18/2018
Progressif Cellualar Sdn. Bhd. (PCSB) 18 April 2018,

Seramai 60 kakitangan daripada Syarikat Progresif Cellular Sdn. Bhd. menghadiri taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 yang telah diadakan pada 18 April 2018 di Ibu Pejabat Progresif. Pemberigaan ini bertujuan untuk memberigakan Wawasan 2035 kepada sektor swasta dan melibatkan syarikat-syarikat seperti Syarikat Progresif Cellular Sdn Bhd selaku Syarikat Government Link Company (GLC) untuk mengetahui peranan mereka untuk sama-sama menjayakan Wawasan Brunei 2035.
 
Tambahan juga, sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR), Syarikat Progresif Cellular Sdn Bhd menggalakkan penglibatan orang ramai dan mendokong program-program berkaitan dengan pendidikan, alam sekitar, keusahawanan serta kesenian dan budaya.
 
Inisiatif-inisiatif seperti ini diharap akan dapat diungkayahkan oleh syarikat-syarikat swasta secara umum bagi sama-sama menjayakan Wawasan 2035.
NewsAntara Peserta PCBS yang hadir pada taklimat tersebut
Merealisasikan Wawasan Brunei 2035, sokongan padu daripa kesemua pihak termasuk pihak swasta dan badan bukan kerajaan adalah sangat penting. Dengan itu, pihak Progressif Celluar Sdn. Bhd. (PCSB) telah mengadakan sesi taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 untuk pada kakitangan nya.
  
4/16/2018
Jabatan Perdana Menteri, 16 April 2018,

Antara aktiviti di dalam program Kursus Singapore's 37th Foundation, para peserta akan membuat lawatan kerja sambil belajar ke Negara Brunei Darussalam. Peserta adalah terdiri daripada 65 orang pegawai daripada perkhidmatan awam Singapura. Semasa berada di Negara Brunei Darussalam, mereka turut diberikan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035.

Kunjungan dan permohonan untuk mengadakan taklimat Wawasan Brunei 2035 seperti ini merupakan sesuatu yang lazim diterima dan seba sedikit telah membantu dalam membangkitkan agenda Wawasan Brunei 2035.
NewsAntara peserta yang hadir semasa sesi taklimat bagi Kursus Singapore's 37th Foundation
Taklimat Wawasan bukan saja disampaikan kepada warga negara Brunei Darussalam malah pihak-pihak luar negeri juga berkeinginan untuk tahu tentang Wawasan Brunei 2035.
  
4/7/2018
Jabatan Perdana Menteri, 7 April 2018,

Rombongan daripada Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari UNISSA dan daripada buah universiti daripada Malaysia telah mengunjungi Jabatan Perdana Menteri untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi mengenai Wawasan Brunei 2035. Rombongan adalah terdiri daripada 16 orang pelajar dan guru.
Newshttp://wawasan2035-pmo-poc.egc.gov.bn/News_Events_Announcements_Images/IMG_3683.JPG
UNISSA telah membuat lawatan ke Jabatan Perdana Menteri untuk membuat pendekatan terhadap Wawasan Brunei 2035.
  
1/30/2018
-BAHASA MELAYU-

Bangunan Darulifta, 30 January 2018
  
Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035, Jabatan Perdana Menteri terus mengadakan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 kepada Kementerian dan Jabatan bagi tahun 2018 ini. Sesi taklimat pertama bagi tahun ini telah diadakan di Jabatan Mufti Kerajaan. Sebanyak 70 pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Mufti Kerajaan telah menghadiri taklimat berkenaan.

Taklimat kepada penjawat awam seperti ini berhasrat untuk mensejajarkan kesemua jabatan dan kementeriaan kerajaan supaya mereka memahami peranan mereka dalam memulakan usaha ke arah menjayakan Wawasan Brunei 2035. Taklimat ini juga boleh meningkatkan kerjasama antara agensi-agensi lain bagi merealisasikan pendekatan "Whole of Government". Pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Mufti Kerajaan telah diberikan peluang untuk mengemukakan pandangan serta pertanyaan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan Wawasan Brunei 2035.


-ENGLISH-

Darulifta Building, 30 January 2018 

The Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035, Prime Minister’s Office continues to conduct briefings on Wawasan Brunei 2035 to ministries and departments in 2018. The first session for this year will be at State Mufti’s Office. A total of 70 officers and staffs from the State Mufti’s Department attended the briefing.

Briefings to civil servants are intended to align all the stakeholders so that they understand their role in initiating efforts towards achieving the Wawasan Brunei 2035. This would also strenghten close collaboration with other agencies as part of the ‘Whole of Government’ approach. The officers and staffs from the State Mufti’s Office are given the opportunity to express their concerns and queries on the current issues concerning the Wawasan Brunei 2035. 
NewsBeberapa orang peserta daripada Jabatan Mufti
The Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035, Prime Minister’s Office continues to conduct briefings on Wawasan Brunei 2035 to ministries and departments in 2018. The first session for this year will be at State Mufti’s Office. A total of 70 officers and staffs from the State Mufti’s Department attended the briefing.
  
5/1/2018
Kementerian Kewangan, 1 Mei 2018,


Sebagai kesinambungan kepada usaha pemberigaan kepada Kementerian dan Jabatan kerajaan, satu sesi taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 telah dilaksanakan bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan. Sesi tersebut juga diserapkan dengan sebuah taklimat mengenai pelan strategi Kementerian Kewangan yang kemudiannya digunakan untuk sebagai contoh dalam pensejajaran antara Kementerian Kewangan dan Wawasan Brunei 2035.

Taklimat kepada Pegawai dan Kakitangan Kementerian dan Jabatan kerajaan adalah satu inisiatif bagi memastikan warga kerajaan mengetahui akan Wawasan Brunei 2035 dan akan dapat mensejajarkan tugas dan tanggungjawab mereka kepada Wawasan brunei 2035. Hampir 100 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan hadir bagi mengikuti taklimat berkenaan.
NewsSuasana Taklimat di Kementerian kewangan
Kementerian Kewangan telah mengadakan sesi taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 untuk pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan.
  
5/2/2018
Sungai Kebun, 5 Mei 2018,

Program Perkampungan Sivik merupakan salah sebuah program Jabatan Penerangan yang dibukakan kepada individu-individu lepasan ijazah. Ianya di hasratkan untuk memberikan kefahaman dan maklumat mengenai falsafah, aspirasi dan matlamat negara supaya mereka dapat mengimbangi pengetahuan akademik mereka. Selaras dengan tujuan ini, taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 juga turut diberikan kepada para peserta sebagai sebuah komponen penting dalam program ini.

Taklimat Wawasan ini juga merupakan antara inisiatif dalam memberigakan Wawasan Brunei 2035 kepada warga belia di negara ini. Seramai 22 peserta yang terdiri daripada para lepasan Ijazah sarjana muda yang telah tamat pengajian dari dalam dan luar negara. 
NewsPeserta lepasaj ijazah yang mengikuti Perkampungan Sivik
  
5/8/2018

Program Masyarakat Bermaklumat merupakan sebuah program yang anjurkan oleh Jabatan Penerangan bagi memberikan pendedahan kepada warga penduduk kampong dan mukim di Negara Brunei Darussalam. Dalam program ini, taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 juga turut diberikan sebagai usahasama untuk memberigakan Wawasan. 


Dengan adanya program seperti ini yang memberikan peluang supaya agenda wawasan dapat dikongsikan bersama penduduk-penduduk kampong dan orang ramai. Sebanayak 29 orang penduduk kampong daripada Kampong Penanjong menghadiri sesi taklimat tersebut. 

NewsAntara orang-orang kampong penanjong yang hadir mengikuti taklimat wawasan
  
5/1/2018

Pakatan Sang Jati Dusun (PSJD) telah menjemput Sekretariat Tetap Wawasan Brunei untuk menyampaikan talkimat mengenai Wawasan Brunei 2035 kepada warga puak Dusun bertempat di Pusat Pakatan Sang Jati Dusun, Bukit Udal, Tutong pada 1 Mei 2018 sempena Sambutan Adau Gayoh 2018. 


Aktiviti ini merupakan antara inisiatif pihak PSJD untuk mendalami lagi Wawasan Brunei 2035 dengan mengetahui tetang matlamat-matlamat Wawasan dan Hasil Pencapaian Negara. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Awang Eyad Samhan bin Nyawa, Pengerusi PSJD dan ahli-ahli PSJD serta warga-warga puak Dusun.

NewsGambar Ramai bersama Pakatan Sang Jati Dusun
Pakatan Sang Jati Dusun (PSJD) dan warga puak Dusun telah mendengar talkimat mengenai Wawasan Brunei 2035 kepada  bertempat di Pusat Pakatan Sang Jati Dusun, Bukit Udal, Tutong Sempena Sambutan Adau Gayoh 2018
  
6/7/2018

​Sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan Kenaikan Pangkat Bahagian III bagi tahun 2018, pihak Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei telah mengadakan satau sesi taklimat bagi para Pegawai-Pegawai Tauliah Tetap dan Khas Leftenan ke Kapten. Aktiviti ini merupakan kerjasama tahunan antara Akademi Pertahanan ABDB dan Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035.


Adalah diharap dengan adanya kerjasama seperti ini, pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat akan dapat membawa hasarat wawasan sebagai seorang pemimpin. Seramai 40 orang pegawai telah mengikuti taklimat berkenaan bertempat di Auditorium Akademi Pertahanan ABDB, Kg Tanah Jambu.

Newshttp://wawasan2035-pmo-poc.egc.gov.bn/News_Events_Announcements_Images/DSC_0563.JPG
  
7/4/2018

Taklimat Wawasan brunei 2035 terus​ dilaratkan ke Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan dengan taklimat Wawasan di Kementerian Pertahanan pada 4th Julai 2018 bertempat di Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei.

Ani merupakan taklimat kali kedua yang diadakan bagi Kementerian ini yang mana pada kali ini seramai 150 penjawat awam di Kementerian Pertahanan mengikuti taklimat berkenaan.

Sebelum taklimat dimulakan, wakli daripada Pejabat Pengurusan Strategi, Kementerian Pertahanan telah memberikan taklimat ringkas mengenai strategi Kementerian Pertahanan dalam menjalankan tanggungjawab nya.

http://wawasan2035-pmo-poc.egc.gov.bn/News_Events_Announcements_Images/DSC_0649.JPG
  
7/18/2018

Pusat Persidangan Antarabangsa, 18 Julai 2018,


Pemberigaan kepada Kementerian dan Jabatan Kerajaan diteruskan dengan satu lagi sesi taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri yang. Seperti lazimnya, sesi tersebut diserapkan dengan sebuah taklimat mengenai pelan strategi Kementerian berkenaan yang membantu dalam memberikan gambaran jelas tentang pensejajaran kepada Wawasan Brunei 2035.

Taklimat kepada Pegawai dan Kakitangan Kementerian dan Jabatan kerajaan adalah satu inisiatif bagi memastikan warga kerajaan mengetahui akan Wawasan Brunei 2035 dan akan dapat mensejajarkan tugas dan tanggungjawab mereka kepada Wawasan brunei 2035.

Para peserta telah menyuarakan kebimbangan mereka disamping menunjukkan semangat untuk bersama-sama menjayakan wawasa. Antara petikan daripada sesi soal jawab bersama para peserta..

"..Di manakah peranan warga awam dalam
pendekatan whole of nation dan
bagaimanakah warga awam
boleh memberikan maklumbalas.."

"..Saya belum terdedah kepada pemberigaan
Wawasan Brunei 2035 dan berharap
maklumat tentang nya akan dapat
dikongsikan bersama orang awam.." 

Sebanyak 65 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri telah hadir bagi mengikuti taklimat berkenaan.


Newshttp://wawasan2035-pmo-poc.egc.gov.bn/News_Events_Announcements_Images/IMG_7736.JPG
STWB memberikan taklimat kepada Warga Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri
  
3/26/2020

​Kementerian Kewangan dan Ekonomi dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah melancarkan platform bagi maklumat terkini COVID-19 & penilaian sendiri yang boleh diakses melalui


www.healthinfo.gov.bn

http://www.wawasanbrunei.gov.bn/News_Events_Announcements_Images/Live%20Dashboard%20on%20statistics%20on%20COVID-19%20and%20a%20Self-Assessment%20Tool-2.jpg
  
8/8/2020

Jabatan Perdana Menteri, 08 Julai 2020


Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035, Jabatan Perdana Menteri meneruskan usaha-usaha pemberigaan dengan memberikan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada Kementerian Tenaga. Seramai 60 pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat daripada Kementerian Tenaga telah menghadiri taklimat berkenaan. 

 

Tujuan taklimat kepada penjawat awam diadakan adalah untuk memastikan pensejajaran diantara kesemua jabatan dan kementeriaan kerajaan dan mengukuhkan lagi pendekatan kerajaan secara "Whole of Government".


Sesi ini juga menumpukan terhadap matlamat ke-tiga di bawah Wawasan Brunei 2035 iaitu Ekonomi yang Dinamik dan Berdaya Tahan kepada pegawai-pegawai di bawah Kementerian Tenaga untuk meningkatkan pemahaman serta mengemukakan pandangan dan sebarang pertanyaan mengenai isu-isu berkaitan dengan Wawasan Brunei 2035.

 

Ianya adalah amat penting bagi setiap pegawai dan kakitangan di kementerian dan jabatan kerajaan untuk memahami peranan mereka sebagai individu-individu yang aktif menjayakan Wawasan Brunei 2035.


Newshttp://www.wawasanbrunei.gov.bn/News_Events_Announcements_Images/Taklimat%20kepada%20Kementerian%20Tenaga%208hb%20Julai.jpeg
Taklimat kepada Kementerian Tenaga pada 8hb Julai 2020
  
8/26/2020

Jabatan Perdana Menteri, Selasa, 28 Zulhijjah 1441 bersamaan 18 Ogos 2020

 

            Jabatan Perdana Menteri hari ini telah mengadakan majlis pelancaran buku bacaan dan video promosi Wawasan Brunei 2035 di Dewan Banquet, Jabatan Perdana Menteri. Hadir di Majlis tersebut Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew Bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua selaku Timbalan Pengerusi Bersama Majlis Tertinggi Wawasan Brunei; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama;  Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan.  Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan jemputan-jemputan.

 

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam ucapan alu-aluan telah menyentuh mengenai titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mana Baginda telah menekankan bahawa Wawasan Brunei 2035 perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh. Dengan kepimpinan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Majlis Tertinggi Wawasan, Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 telah melaksanakan beberapa initiatif di bawah Program Komunikasi Wawasan Brunei 2035 yang dihasratkan untuk meningkatkan kesedaran awam dalam mendukung usaha-usaha pelaksanaan Wawasan Brunei 2035. Ini termasuk penyediaan bahan promosi, mengadakan sesi pemberigaan dan taklimat awam bagi pihak-pihak yang berkepentingan, menghasilkan iklan radio dan menyediakan laman sesawang Wawasan Brunei 2035 iaitu www.wawasanbrunei.gov.bn. Semua usaha adalah khusus bagi menumpuk kefahaman dan penghayatan di setiap lapisan masyarakat untuk memastikan semua pihak akan berganding bahu untuk sama-sama menjayakan Wawasan Brunei 2035.

 

Majlis telah menyaksikan Pelancaran Buku-Buku Wawasan Brunei 2035 bagi Sekolah Rendah dan Menengah, diikuti dengan penyerahan buku-buku berkenaan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, Menteri Kesihatan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Menteri Pendidikan. Buku-buku akan diagihkan kepada Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah serta perpustakaan-perpustakaan di seluruh Negara dan E-book akan diterbitkan di laman sesawang Wawasan Brunei 2035. Penerbitan buku bacaan ini adalah hasil usaha bersama Jabatan Perkembangan Kurriklum, Kementerian Pendidikan dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Majlis seterusnya diikuti dengan acara pelancaran video promosi Wawasan Brunei 2035 oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Video promosi terbitan sebuat Syarikat Media tempatan memberikan gambaran dan pesanan utama (key messages) berkenaan dengan Wawasan Brunei 2035 terutama sekali mengenai tiga matlamat Wawasan Brunei 2035. Video-Video ini akan dimainkan melalui saluran-saluran televisyen Kerajaan serta media sosial pihak kerajaan.


Eventshttp://www.wawasanbrunei.gov.bn/News_Events_Announcements_Images/20200826_Majlis_pelancaran_1.jpg
18 Ogos 2020 - Jabatan Perdana Menteri hari ini telah mengadakan majlis pelancaran buku bacaan dan video promosi Wawasan Brunei 2035 di Dewan Banquet, Jabatan Perdana Menteri. Hadir di Majlis tersebut Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew Bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua selaku Timbalan Pengerusi Bersama Majlis Tertinggi Wawasan Brunei; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama;  Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan.
  
2/10/2022


10 Februari 2022 - Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Taklimat Wawasan Brunei 2035 di Dewan Teater, JPM. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh 41 orang pelajar Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang sedang menjalankan Discovery Year dengan Green Brunei dan Majlis Belia Brunei.

 

Acara tersebut telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Multazimah binti Haji Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri dan seterusnya sesi dialog bersama para pelajar.

 

Taklimat juga disertai oleh Cyber Security Brunei yang telah menyampaikan taklimat mengenai Cyber Security Awareness.

 

Adalah objektif taklimat ini adalah bagi memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar berkenaan mengenai Wawasan Brunei 2035 bagi sama-sama menyokong usaha yang dijalankan, menanamkan kefahaman dan kesedaran mengenai Wawasan Brunei dan menyokong usaha merealisasikan Wawasan negara melalui pendekatan seluruh kerajaan dan negara.


Vision 2035 Talk For Green Brunei & Majlis Belia Brunei


10 February 2022 - The Pejabat Wawasan Brunei, Prime Minister's Office (PMO) organised a talk on Wawasan Brunei 2035 at the Main Theatre, JPM. Around 41 students from the Universiti Brunei Darussalam (UBD), currently undertaking the Discovery Year with Green Brunei and Majlis Belia Brunei, attended the event.

 

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by the talk delivered by Yang Mulia Dayang Siti Multazimah binti Haji Ibrahim, Special Duties Officer Grade I, Office of Wawasan Brunei, Prime Minister's Office and proceeded with a dialogue session with the students.

 

Also delivering a talk were representatives from the Cyber Security Brunei entitled Cyber Security Awareness.

 

The talk's objective was to educate the students about Wawasan Brunei 2035 in support of the efforts to achieve the Wawasan Brunei. It also provides understanding and awareness of the realisation of national vision through the whole-of-government and whole-of-nation approaches.



NewsAntara ahli Green Brunei yang hadir
10 Februari 2022 - Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Taklimat Wawasan Brunei 2035 di Dewan Teater, JPM. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh 41 orang pelajar Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang sedang menjalankan Discovery Year dengan Green Brunei dan Majlis Belia Brunei.
  
2/19/2022

19 Februari 2022 - Sempena sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Pejabat Wawasan Brunei telah mengadakan Taklimat Wawasan Brunei 2035 secara dalam talian kepada pegawai-pegawai muda Program Eksekutif Muda Kohot Ke-6 (6th YEP). Taklimat tersebut telah dikendalikan dengan kerjasama Institut Perkhidmatan Awam (IPA), Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam sama-sama menyemarakkan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-38 dengan tema "Menjayakan Wawasan Negara".

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Multazimah binti Haji Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, Pejabat Wawasan Brunei. Taklimat tersebut telah menyentuh mengenai kepentingan usahasama melalui pendekatan seluruh perkhidmatan kerajaan ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035. Taklimat diakhiri dengan sesi perbincangan di antara peserta-peserta YEP dan pegawai-pegawai Pejabat Wawasan Brunei, dalam berkongsi pandangan mengenai Wawasan Brunei 2035.

 

Objektif taklimat bertujuan untuk memberigakan serta memberikan pendedahan meluas kepada pegawai-pegawai muda yang baru berkhidmat di sektor kerajaan mengenai usaha-usaha dan perkembangan Negara ke arah menjayakan Wawasan Brunei 2035. Seramai 29 orang pegawai-pegawai muda yang baru berkhidmat dengan Kementerian dan Jabatan kerajaan menghadiri sesi pemberigaan berkenaan.


Brunei Vision 2035 Talk for 6th Cohort of Young Executive Programme


19 February 2022 - In conjunction with Brunei Darussalam's 38th National Day celebration, the Prime Minister's Office (PMO) through Wawasan Brunei Office conducted a virtual talk on Wawasan Brunei 2035 for young officers under the 6th cohort of Young Executive Programme (6th YEP). The event was organised in collaboration with the Civil Service Institute, PMO; and Ministry of Culture, Youth & Sports (MCYS) to enliven the 38th National Day of Brunei Darussalam with the theme "Menjayakan Wawasan Negara".

 

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by the talk delivered by Yang Mulia Dayang Siti Multazimah binti Haji Ibrahim, Special Duties Officer Grade I, Wawasan Brunei Office, who emphasised the importance of adapting the whole of government service approach by working towards realising Brunei Vision 2035. The talk concluded with a discussion session between the YEP participants and Wawasan Brunei Office officers, where the participants shared their views on the implementation of the Wawasan Brunei 2035.

 

The objective of the briefing was to inform and provide information to government officers who have just begun to serve in the government sector, on the efforts and implementation towards achieving Brunei Vision 2035 goals. It was attended by a total of 29 young officers from variouos ministries and government departments.



Eventshttp://wawasanbrunei.gov.bn/News_Events_Announcements_Images/Pegawai-pegawai%20Muda%206th%20YEP.jpg
19 Februari 2022 - Sempena sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Pejabat Wawasan Brunei telah mengadakan Taklimat Wawasan Brunei 2035 secara dalam talian kepada pegawai-pegawai muda Program Eksekutif Muda Kohot Ke-6 (6th YEP). Taklimat tersebut telah dikendalikan dengan kerjasama Institut Perkhidmatan Awam (IPA), Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam sama-sama menyemarakkan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-38 dengan tema "Menjayakan Wawasan Negara".
  
3/9/2022

​9 Mac 2022 - Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri buat julung kalinya menjadi hos bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Program Pembangunan (United Nations Development Programme, UNDP) bagi bengkel mengenai peranan UNDP dalam menyokong pelaksanaan Matlamat Pembangunan yang Berdaya Tahan (Sustainable Development Goals, SDGs) pada 9hb Mac 2022 yang telah diadakan secara maya.

Objektif bengkel adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai peranan UNDP dalam pelaksanaan SDGs dan menerokai peluang kerjasama yang bermanfaat bagi Negara Brunei Darussalam khususnya dalam pelaksanaan SDGs.

Bengkel dimulakan dengan ucapan aluan-aluan daripada Yang Mulia Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad, Setiausaha Tetap (Wawasan, Kewangan dan Kabinet), Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kebangsaan Matlamat Pembangunan Yang Berdaya Tahan (SDGs) Negara Brunei Darussalam dan Mr Niloy Banerjee, Wakil Residen UNDP di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Seterusnya, beberapa taklimat mengenai pengalaman dalam mendukung pelaksanaan SDGs telah disampaikan oleh wakil-wakil dari UNDP dan rakan-rakan bersekutu dari Malaysia, Indonesia dan Filipina. Bengkel juga mendengarkan taklimat daripada Pengarah Pejabat Wawasan Brunei selaku Ketua Sekretariat Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kebangsaan SDGs yang mengetengahkan pencapaian dalam pelaksanaan SDGs bagi Negara Brunei Darussalam setakat ini.

Bengkel diakhiri dengan ucapan penutup dari Yang Mulia Pengiran Norhashimah binti Pengiran Mohd Hassan, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Ms. Manon Bernier, Timbalan Wakil Residen UNDP di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. 

Hadir sama di bengkel dalam talian tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Wawasan, Kewangan dan Kabinet), Jabatan Perdana Menteri; Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri; Ahli-Ahli Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kebangsaan SDGs; pegawai-pegawai kanan dan pegawai daripada Kementerian-Kementerian; Institusi-institusi Pendidikan Tinggi dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan. 


Newshttp://wawasanbrunei.gov.bn/News_Events_Announcements_Images/Image%2010-3-22%20at%207.43%20AM.JPG
9 Mac 2022 - Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri buat julung kalinya menjadi hos bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Program Pembangunan (United Nations Development Programme, UNDP) bagi bengkel mengenai peranan UNDP dalam menyokong pelaksanaan Matlamat Pembangunan yang Berdaya Tahan (Sustainable Development Goals, SDGs) pada 9hb Mac 2022 yang telah diadakan secara maya.
  
3/26/2022

26 Mac 2022 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) Pasukan Polis Diraja Brunei (RBPF) Tahun 2022. Acara berlangsung di Bilik Eksekutif, Bangunan ILIA, Universiti Brunei Darussalam (UBD). 

Seramai 20 pegawai menghadiri taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Multazimah Binti Haji Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, PWB, yang antara lain menyentuh mengenai pengenalan kepada Wawasan Brunei 2035 terutama sekali fungsi PWB serta pencapaian dan cabaran bagi merealisasikan Wawasan Brunei 2035.​

Taklimat tersebut adalah sebahagian daripada program yang dianjurkan oleh Institut Kepimpinan, Inovasi & Kemajuan (ILIA), UBD. Ianya bertujuan membantu para peserta memahami konsep asas dan ciri utama wawasan negara. 


Newshttps://www.wawasanbrunei.gov.bn/News_Events_Announcements_Images/26032022_EDPMMO_Polis.JPG
​26 Mac 2022 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) Pasukan Polis Diraja Brunei (RBPF) Tahun 2022. Acara berlangsung di Bilik Eksekutif, Bangunan ILIA, Universiti Brunei Darussalam (UBD).
  
5/30/2022

30 Mei 2022 – Dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai usaha merealisasikan wawasan negara melalui pendekatan seluruh senegara, Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan taklimat kepada pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Radio Televisyen Brunei (RTB). Taklimat tersebut berlangsung di Pusat Perkembangan Penyiaran, RTB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hjh Siti Khadijah binti DPS Hj Abd Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, PWB. ​

Objektif taklimat adalah untuk memberikan pemberigaan serta pendedahan meluas kepada 25 orang pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Jabatan RTB. Usaha ini juga bertujuan untuk memberikan wadah dan suntikan semangat komitmen kerja dalam menjalankan tugas mereka sebagai 'broadcaster' di RTB. Taklimat tersebut adalah sebahagian daripada Kursus Induksi RTB yang diadakan pada 23 hingga 30 Mei 2022.


Newshttps://www.wawasanbrunei.gov.bn/News_Events_Announcements_Images/RTB%20Induction.jpeg
​30 Mei 2022 – Dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai usaha merealisasikan wawasan negara melalui pendekatan seluruh senegara, Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan taklimat kepada pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Radio Televisyen Brunei (RTB). Taklimat tersebut berlangsung di Pusat Perkembangan Penyiaran, RTB.
  
6/13/2022

13 Jun 2022 – Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyampaikan taklimat kepada pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang berlangsung di Auditorium, Markas Akademi Pertahanan ABDB, Kampung Tanah Jambu.


Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Multazimah binti Haji Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, Pejabat Wawasan Brunei. Taklimat menyentuh mengenai pengenalan Pejabat Wawasan Brunei dan Wawasan Brunei 2035, termasuk kemajuan terkini serta inisiatif dan pencapaian Wawasan Brunei 2035. Acara diakhiri dengan sesi soal jawab bersama pegawai-pegawai yang hadir. ​


Objektif taklimat adalah bertujuan bagi memberigakan serta memberikan pendedahan meluas kepada 73 orang pegawai ABDB yang akan menduduki peperiksaan kenaikan pangkat, mengenai usaha dan perkembangan Negara Brunei Darussalam ke arah menjayakan Wawasan Brunei 2035. Taklimat tersebut dikendalikan sebagai persiapan Peperiksaan Kenaikan Pangkat Bahagian III bagi Pegawai-Pegawai Tauliah Tetap dan Khas Leftenan/Leftenan Madya ke Kapten/Leftenan (Laut) tahun 2022 yang bermula pada 6 Jun 2022.


Newshttps://www.wawasanbrunei.gov.bn/News_Events_Announcements_Images/PROMEX_2022.JPG
​13 Jun 2022 – Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyampaikan taklimat kepada pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang berlangsung di Auditorium, Markas Akademi Pertahanan ABDB, Kampung Tanah Jambu.
  
6/27/2022

27 Jun 2022 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri menerima lawatan daripada peserta Kursus Maktab Turus Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Sesi 12/2022.

 

Pejabat Wawasan Brunei memberikan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada empat-puluh-dua (42) peserta kursus yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei, Kementerian Pertahanan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, dan pegawai-pegawai tentera dari luar negera iaitu daripada Arab Saudi, Australia, Bangladesh, Filipina, India, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Oman, Pakistan, Singapura serta United Kingdom.

 

Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Awang 'Abed Khairuddin bin Jufri dan diikuti dengan taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Multazimah binti Haji Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, PWB. Taklimat menyentuh mengenai pengenalan terhadap peranan PWB dan strategi serta hala tuju Wawasan Brunei 2035 dalam pembangunan negara. Acara diakhiri dengan sesi soal jawab bersama pegawai-pegawai yang hadir. 

 

Antara objektif taklimat adalah bagi memperlihatkan dengan lebih dekat kepada peserta-peserta kursus mengenai situasi negara pada masa kini dalam usaha bagi menjaga dan memperkukuhkan lagi keselamatan, kestabilan dan kemakmuran Negara Brunei Darussalam. ​


Newshttps://www.wawasanbrunei.gov.bn/News_Events_Announcements_Images/27062022_CSC.jpg
27 Jun 2022 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri menerima lawatan daripada peserta Kursus Maktab Turus Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Sesi 12/2022.
  
7/19/2022

19 Julai 2022 – Lebih 500 orang pelajar yang baru memasuki Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah menghadiri Taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri. Taklimat tersebut berlangsung di Dewan Serbaguna, UTB. 

 

Taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Siti Khadijah binti Dato Paduka Seri Haji Abd Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, PWB, menyentuh mengenai fungsi PWB serta cabaran dan pencapaian dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035. Selain itu, Dayang Hajah menasihati para pelajar untuk sentiasa proaktif dan siap siaga dalam memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan negara melalui pendekatan senegara.

 

Antara objektif taklimat tersebut adalah untuk memberikan pendedahan meluas terhadap Wawasan Brunei 2035 serta usaha-usaha dan perkembangan Negara kepada pelajar-pelajar baru yang sedang menjalani Minggu Orientasi Sesi Akademik 2022/2023 yang bermula pada 18 Julai 2022.​


Newshttps://www.wawasanbrunei.gov.bn/News_Events_Announcements_Images/Minggu_Orientasi_UTB_2022.jpg
19 Julai 2022 – Lebih 500 orang pelajar yang baru memasuki Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah menghadiri Taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri. Taklimat tersebut berlangsung di Dewan Serbaguna, UTB.
  
7/28/2022

 

28 Julai 2022 – Dalam meningkatkan kesedaran mengenai pencapaian serta cabaran dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035, seramai 350 pelajar baharu Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB). Ianya berlangsung di Pusat Khidmat Bakti Negara, Temburong. 

 

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Siti Khadijah binti Dato Paduka Seri Hj Abd Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, PWB. Dayang Hajah menekankan tentang kepentingan pendekatan rakyat senegara (Whole-of-Nation Approach) kepada para pelajar bahawasanya mereka memainkan peranan yang sangat signifikan terhadap pembangunan negara serta kemajuan negara.

 

Taklimat ini bertujuan untuk memberikan pendedahan meluas terhadap Wawasan Brunei 2035 serta usaha-usaha dan perkembangan Negara kepada pelajar-pelajar baharu yang sedang menjalani Minggu Ta'aruf Tahun 1 sesi pengajian 2022/2023 selama lima hari dari 25 Julai 2022.​


Newshttps://www.wawasanbrunei.gov.bn/News_Events_Announcements_Images/UNISSA_19072022IMG_1266.JPEG
28 Julai 2022 – Dalam meningkatkan kesedaran mengenai pencapaian serta cabaran dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035, seramai 350 pelajar baharu Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB). Ianya berlangsung di Pusat Khidmat Bakti Negara, Temburong.
  
8/6/2022

6 Ogos 2022 – Seramai 110 pegawai dan kakitangan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (Autoriti Petroleum) menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Ianya diadakan di Dewan Theatre Utama, JPM.

 

Taklimat tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Multazimah binti Haji Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, PWB yang antara lain menyentuh mengenai pengenalan kepada Wawasan Brunei 2035 terutamanya dari aspek urus tadbir dan ketiga-tiga matlamat yang perlu dicapai menjelang tahun 2035 iaitu; rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya; kualiti kehidupan rakyat yang tinggi; dan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.​

 

Taklimat tersebut adalah sebahagian daripada Latihan In-House Program Kepimpinan yang diungkayahkan oleh Autoriti Petroleum bagi membina dan membangunkan keupayaan dalaman kakitangan bagi melaksanakan peranan dalam harapan bagi menghasilkan tenaga kerja yang berwibawa tinggi serta menerapkan budaya berprestasi tinggi. 

 


Newshttps://www.wawasanbrunei.gov.bn/News_Events_Announcements_Images/IMG_4014.HEIC
6 Ogos 2022 – Seramai 110 pegawai dan kakitangan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (Autoriti Petroleum) menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Ianya diadakan di Dewan Theatre Utama, JPM.
  
8/8/2022

8 Ogos 2022 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang ikut serta Kursus Induksi yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA), JPM. 

 

Seramai 108 pegawai dan kakitangan kerajaan yang baru berkhidmat daripada beberapa Kementerian dan Jabatan menyertai Kursus Induksi berkenaan yang diadakan selama 5 hari bermula pada 8hb hingga 13hb Ogos 2022 di Dewan Isyraq (2.2), Aras 2, IPA.

 

Taklimat disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Multazimah binti Haji Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, PWB telah menyentuh mengenai kemajuan dan cabaran negara untuk merealisasikan Wawasan Brunei 2035. Antara tujuan taklimat tersebut adalah untuk meningkatkan kefahaman yang meluas tentang Wawasan Brunei 2035 dan menyunting semangat pegawai dan kakitangan kerajaan yang hadir untuk bersama menjayakan wawasan negara.​


Newshttps://www.wawasanbrunei.gov.bn/News_Events_Announcements_Images/IPA_08082022IMG_5834.jpg
8 Ogos 2022 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang ikut serta Kursus Induksi yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA), JPM.
  
8/31/2022

31 Ogos 2022 – Seramai 50 peserta Program Sivik Mahasiswa/Mahasiswi menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Program tersebut dianjurkan kali pertama bagi tahun 2022 oleh Jabatan Penerangan, JPM yang berlangsung di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan.

 

Yang Mulia Dayang Hajah Siti Khadijah binti Dato Paduka Seri Haji Abdul Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, PWB menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada peserta. 

 

Taklimat bertujuan untuk memberikan matlumat yang meluas tentang kemajuan negara bagi merealisasikan Wawasan Brunei 2035 selaras dengan tujuan Program Sivik tersebut iaitu memberikan kefahaman dan maklumat terkini hal ehwal kerajaan dan negara, memupuk dan menanam semangat kenegaraan berteraskan falsafah 'Melayu Islam Beraja'.

 

Peserta Program Sivik Mahasiswi/Mahasiswa adalah terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di Tahun 2 dari universiti-universiti dalam dan luar negara. Ianya berlangsung selama empat hari bermula dari 29 Ogos 2022.​


Newshttps://www.wawasanbrunei.gov.bn/News_Events_Announcements_Images/ProgramSivik2022_2.jpeg
31 Ogos 2022 – Seramai 50 peserta Program Sivik Mahasiswa/Mahasiswi menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Program tersebut dianjurkan kali pertama bagi tahun 2022 oleh Jabatan Penerangan, JPM yang berlangsung di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan.
  
9/21/2022

21 September 2022 - Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada 30 orang peserta Program Perkembangan Eksekutif Siri 17/2022 yang dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF). Ianya bertempat di Dewan Kuliah, Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, MINDEF.

 

Taklimat tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Dr Hjh Huraini binti POKSJDP Hj Hurairah, Pengarah Pejabat Wawasan Brunei, JPM dan diikuti dengan sesi aktiviti bersama para peserta. 

 

Objektif taklimat antara lain ialah bagi menambah nilai dan meningkatkan kefahaman pegawai-pegawai kanan mengenai kaedah pendekatan dasar serta strategi-strategi di peringkat negara termasuk Wawasan Brunei 2035 dan usaha-usaha memperkukuhkan persekitaran ekonomi negara.

 

Program yang diadakan dari 12 September 2022 sehingga 2 Disember 2022 bertujuan untuk melengkapi pegawai-pegawai kanan kerajaan dengan rangka konsep dan kaedah-kaedah diperlukan bagi meningkatkan prestasi dalam pengurusan dan kepimpinan dalam pembangunan kebangsaan.

 

Peserta-peserta bagi program ini terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei, Angkatan Bersenjata dari luar negara dan juga pegawai-pegawai kanan dari pelbagai Kementerian dan Jabatan Kerajaan.​


Newshttps://www.wawasanbrunei.gov.bn/News_Events_Announcements_Images/21092022_MINDEF.JPG
21 September 2022 - Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada 30 orang peserta Program Perkembangan Eksekutif Siri 17/2022 yang dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF). Ianya bertempat di Dewan Kuliah, Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, MINDEF.
  
9/26/2022

26 September 2022 - Lebih kurang 30 orang peserta Kursus Induksi Radio Televisyen Brunei (RTB) Ke-54 telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berlangsung di Pusat Perkembangan Penyiaran, RTB.

 

Taklimat yang menyentuh mengenai pengenalan Wawasan Brunei 2035 serta inisiatif-inisiatif dan perkembangan negara hingga ke hari ini merupakan perkara-perkara yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hjh Siti Khadijah binti DPS Hj Abd Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, PWB, JPM. Semasa menyampaikan taklimat, beliau juga menekankan akan kepentingan pendekatan senegara yang mana setiap lapisan masyarakat memainkan peranan penting untuk merealisasikan wawasan negara. 

 

Peserta-peserta kursus terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Jabatan RTB. Taklimat ini merupakan salah satu sesi yang dimuatkan dalam Kursus Induksi RTB yang diadakan pada 19 September 2022 hingga 26 September 2022 dengan objektif bagi  memberikan wadah dan suntikan semangat komitmen kerja dalam menjalankan tugas penyiar 'broadcaster' di RTB.


Newshttps://www.wawasanbrunei.gov.bn/News_Events_Announcements_Images/26092022_RTBInduksi.jpg
26 September 2022 - Lebih kurang 30 orang peserta Kursus Induksi Radio Televisyen Brunei (RTB) Ke-54 telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berlangsung di Pusat Perkembangan Penyiaran, RTB.
1 - 30Next