Majlis Pelancaran Buku Bacaan dan Video Promosi Wawasan Brunei 2035
18 Ogos 2020 - Jabatan Perdana Menteri hari ini telah mengadakan majlis pelancaran buku bacaan dan video promosi Wawasan Brunei 2035 di Dewan Banquet, Jabatan Perdana Menteri. Hadir di Majlis tersebut Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew Bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua selaku Timbalan Pengerusi Bersama Majlis Tertinggi Wawasan Brunei; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan.
Nov 26, 2022