Sign In

Archives

Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam (IPA)

12 Dis 2022 - Taklimat mengenai hala tuju Wawasan Brunei 2035 terus diberigakan melalui Kursus Induksi anjuran Institut Perkhidmatan Awam (IPA) kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang baru berkhidmat. Taklimat tersebut disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri.

Taklimat Wawasan Brunei 2035 bagi Ekspo Produk Tempatan 2022

3 Disember 2022 - Sempena Brunei December Festival, Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri mengambil bahagian dalam Ekspo Produk Tempatan 2022 untuk menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada orang awam. Ekspo tersebut berlangsung selama empat hari bermula pada 1 Disember 2022 di Dewan BRIDEX 1 dan 2.

Taklimat Wawasan Brunei 2035 bagi Bengkel ASEAN Cooperation on Civil Service Matters (ACCSM) on Public Service Delivery Reform through Cross-Agency Coordination

29 Nov 2022 - Bengkel ASEAN Cooperation on Civil Service Matters (ACCSM) on Public Service Delivery Reform through Cross-Agency Coordination yang berlangsung secara dalam talian mendedahkan para peserta kepada perkembangan negara ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035. Taklimat yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri dihadiri oleh seramai 30 pegawai kanan dari negara-negara ASEAN serta pemerhati dari Sekretariat ASEAN dan Timor-Leste.

Program Masyarakat Bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei

23 November 2022 - Seramai 60 peserta Program Masyarakat yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Penerbangan Awam, stakeholders Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Jemaah dan Muslimah Masjid Jame Asr' Hassanil Bolkiah, Masjid Universiti Brunei Darussalam dan Masjid Suri Seri Begawan Raja Pg Anak Damit serta wakil Warga Emas Berakas telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

8th Singapore-Brunei Youth Leadership Exchange Programme (SBYLEP)

21 November 2022 - Seramai 30 peserta 8th Singapore-Brunei Youth Leadership Exchange Programme (SBYLEP) yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin muda dari Negara Brunei Darussalam dan Singapura telah mempelajari lebih mendalam mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri.

Program Masyarakat Bermaklumat bagi Jemaah dan Muslimah Masjid Al-Muhtadee Billah Kampong Sungai Kebun

21 November 2022 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri terus mendukung Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) anjuran Jabatan Penerangan dengan mengadakan pemberigaan Wawasan Brunei 2035 kepada seramai 50 jemaah dan muslimah daripada Masjid Al-Muhtadee Billah Kampong Sungai Kebun yang diadakan di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan.

Program Masyarakat Bermaklumat bagi Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah RPN Kg Mentiri, Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah Kg Sungai Akar dan Masjid Kg Sungai Bunga

15 November 2022 - Jabatan Penerangan terus memainkan peranannya dalam menyampaikan maklumat bermasyarakat dan isu-isu semasa melalui Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) kepada rakyat di negara ini. Antara acara yang diterapkan dalam program tersebut ialah Taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Program Masyarakat Bermaklumat bagi Muslimah Masjid-Masjid Daerah Brunei dan Muara

​29 Oktober 2022 - Kira-kira 40 Muslimah Masjid-masjid Daerah Brunei dan Muara menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berlangsung di Auditorium, Jabatan Penerangan. Taklimat tersebut adalah sebahagian daripada Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) yang diungkayahkan oleh Jabatan Penerangan.

Bengkel Rangka Peluang: Pride in BSP

26 Oktober 2022 - Pembangunan sesebuah negara di masa hadapan amat bergantung kepada penglibatan semua pihak sama ada kerajaan mahupun sektor swasta melalui pendekatan senegara, adalah antara perkara yang ditekankan di dalam taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr Hjh Huraini binti POKSJDP Hj Hurairah, Pengarah Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Bengkel Rangka Peluang: Pride in BSP.

Program Jati Diri Kohort 1 (Sesi II)

18 Oktober 2022 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) meneruskan lagi pemberigaan mengenai Wawasan Brunei 2035 kali kedua kepada Platun 4, 5 dan 6 bagi Program Jati Diri Kohort 1 yang berlangsung di Kem Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Batu Apoi, Temburong.

Kursus Induksi Perkhidmatan Awam - Jabatan Kehakiman Negara

​17 Oktober 2022 - Dalam meningkatkan kesedaran mengenai wawasan Negara, kira-kira 24 orang pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Jabatan Kehakiman Negara telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Program Jati Diri Kohort I (Sesi I)

11 Oktober 2022 - Dalam meningkatkan pengetahuan belia mengenai matlamat wawasan Negara, kira-kira seramai 200 peserta Program Jati Diri Kohort 1 menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Kursus Staf Pertengahan Siri 22/2022

​4 Oktober 2022 - Dalam mempertingkatkan pengetahuan mengenai wawasan Negara, peserta Kursus Staf Pertengahan Siri 22/2022 yang terdiri daripada pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, dan Angkatan Bersenjata dari luar negara menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035.

BSP Bersatu Open Week

4 Oktober 2022 - Inisiatif-inisiatif dan perkembangan mengenai Wawasan Brunei 2035 adalah antara perkara yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada warga Brunei Shell Petroleum Company Sdn Bhd (BSP) semasa BSP Bersatu Open Week.

Kursus Induksi RTB Ke 54

26 September 2022 - Lebih kurang 30 orang peserta Kursus Induksi Radio Televisyen Brunei (RTB) Ke-54 telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berlangsung di Pusat Perkembangan Penyiaran, RTB.

Program Perkembangan Eksekutif Siri 17/2022

21 September 2022 - Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada 30 orang peserta Program Perkembangan Eksekutif Siri 17/2022 yang dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF). Ianya bertempat di Dewan Kuliah, Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, MINDEF.

Program Sivik Mahasiswi/Mahasiswa

31 Ogos 2022 – Seramai 50 peserta Program Sivik Mahasiswa/Mahasiswi menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Program tersebut dianjurkan kali pertama bagi tahun 2022 oleh Jabatan Penerangan, JPM yang berlangsung di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan.

Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam

8 Ogos 2022 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang ikut serta Kursus Induksi yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA), JPM.

Program Kepimpinan Autoriti Petroleum

6 Ogos 2022 – Seramai 110 pegawai dan kakitangan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (Autoriti Petroleum) menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Ianya diadakan di Dewan Theatre Utama, JPM.

Universiti Islam Sultan Sharif Ali Minggu Ta'aruf Tahun 1 Sesi 2022/2023

28 Julai 2022 – Dalam meningkatkan kesedaran mengenai pencapaian serta cabaran dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035, seramai 350 pelajar baharu Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB). Ianya berlangsung di Pusat Khidmat Bakti Negara, Temburong.

Universiti Teknologi Brunei Minggu Orientasi Sesi Akademik 2022/2023

19 Julai 2022 – Lebih 500 orang pelajar yang baru memasuki Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah menghadiri Taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri. Taklimat tersebut berlangsung di Dewan Serbaguna, UTB.

Kursus Maktab Turus Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Sesi 12/2022

27 Jun 2022 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri menerima lawatan daripada peserta Kursus Maktab Turus Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Sesi 12/2022.

Taklimat Wawasan Brunei 2035 bagi Pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei

​13 Jun 2022 – Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyampaikan taklimat kepada pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang berlangsung di Auditorium, Markas Akademi Pertahanan ABDB, Kampung Tanah Jambu.

Kursus Induksi Radio Televisyen Brunei

​30 Mei 2022 – Dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai usaha merealisasikan wawasan negara melalui pendekatan seluruh senegara, Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan taklimat kepada pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Radio Televisyen Brunei (RTB). Taklimat tersebut berlangsung di Pusat Perkembangan Penyiaran, RTB.

Taklimat Wawasan Brunei 2035 bagi Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) Pasukan Polis Diraja Brunei Tahun 2022

​26 Mac 2022 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) Pasukan Polis Diraja Brunei (RBPF) Tahun 2022. Acara berlangsung di Bilik Eksekutif, Bangunan ILIA, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Bengkel Mengenai Peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Program Pembangunan (UNDP) Dalam Pelaksanaan Matlamat Pembangunan Yang Berdaya Tahan

9 Mac 2022 - Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri buat julung kalinya menjadi hos bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Program Pembangunan (United Nations Development Programme, UNDP) bagi bengkel mengenai peranan UNDP dalam menyokong pelaksanaan Matlamat Pembangunan yang Berdaya Tahan (Sustainable Development Goals, SDGs) pada 9hb Mac 2022 yang telah diadakan secara maya.

Taklimat Wawasan Brunei 2035 bagi Pegawai Muda yang Mengikuti Program Eksekutif Muda Kohot Ke-6

19 Februari 2022 - Sempena sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Pejabat Wawasan Brunei telah mengadakan Taklimat Wawasan Brunei 2035 secara dalam talian kepada pegawai-pegawai muda Program Eksekutif Muda Kohot Ke-6 (6th YEP). Taklimat tersebut telah dikendalikan dengan kerjasama Institut Perkhidmatan Awam (IPA), Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam sama-sama menyemarakkan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-38 dengan tema "Menjayakan Wawasan Negara".

Taklimat Wawasan Brunei 2035 bagi Green Brunei dan Majlis Belia Brunei

10 Februari 2022 - Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Taklimat Wawasan Brunei 2035 di Dewan Teater, JPM. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh 41 orang pelajar Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang sedang menjalankan Discovery Year dengan Green Brunei dan Majlis Belia Brunei.

Majlis Pelancaran Buku Bacaan dan Video Promosi Wawasan Brunei 2035

18 Ogos 2020 - Jabatan Perdana Menteri hari ini telah mengadakan majlis pelancaran buku bacaan dan video promosi Wawasan Brunei 2035 di Dewan Banquet, Jabatan Perdana Menteri. Hadir di Majlis tersebut Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew Bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua selaku Timbalan Pengerusi Bersama Majlis Tertinggi Wawasan Brunei; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama;  Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan.

Taklimat kepada Kementerian Tenaga pada 8hb Julai 2020

Taklimat kepada Kementerian Tenaga pada 8hb Julai 2020

Taklimat bagi Warga Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri

STWB memberikan taklimat kepada Warga Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri

Taklimat bagi Akademi Pertahanan Angaktan Bersenjata DiRaja Brunei

Pakatan Sang Jati Dusun Mengenali Wawasan 2035

Pakatan Sang Jati Dusun (PSJD) dan warga puak Dusun telah mendengar talkimat mengenai Wawasan Brunei 2035 kepada  bertempat di Pusat Pakatan Sang Jati Dusun, Bukit Udal, Tutong Sempena Sambutan Adau Gayoh 2018

Program Masyarakat Bermaklumat Kampong Penanjong

Pencerahan Wawasan bagi peserta Program Perkampongan Sivik

Taklimat Wawasan bagi Kementerian Kewangan

Kementerian Kewangan telah mengadakan sesi taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 untuk pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan.

Pegawai dan Kakitangan Jabatan Mufti mengenai Wawasan Brunei 2035

The Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035, Prime Minister’s Office continues to conduct briefings on Wawasan Brunei 2035 to ministries and departments in 2018. The first session for this year will be at State Mufti’s Office. A total of 70 officers and staffs from the State Mufti’s Department attended the briefing.

Rombongan daripada UNISSA membuat pendekatan terhadap Wawasan Brunei 2035

UNISSA telah membuat lawatan ke Jabatan Perdana Menteri untuk membuat pendekatan terhadap Wawasan Brunei 2035.

Peserta Kursus Singapore's 37th Foundation mengenali Wawasan Brunei 2035

Taklimat Wawasan bukan saja disampaikan kepada warga negara Brunei Darussalam malah pihak-pihak luar negeri juga berkeinginan untuk tahu tentang Wawasan Brunei 2035.

Penglibatan sektor swasta dalam menjayakan Wawasan 2035

Merealisasikan Wawasan Brunei 2035, sokongan padu daripa kesemua pihak termasuk pihak swasta dan badan bukan kerajaan adalah sangat penting. Dengan itu, pihak Progressif Celluar Sdn. Bhd. (PCSB) telah mengadakan sesi taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 untuk pada kakitangan nya.

Taklimat kepada peserta Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan ke 7

Pemberigaan kepada warga belia merupakan salah satu komponen penting dalam strategi pemberigaan Wawasan Brunei 2035 oleh itu sebuah sesi taklimat dan bengkel yang telah diberikan bagi peserta PKBN bagi pengamilan ke 7.

Energy and Industry Department receives Wawasan Talk

Dalam usaha untuk memastikan maklumat mengenai Wawasan Brunei 2035 adalah diketahui oleh pegawai dan kakitangan, Jabatan Tenaga dan Perindustrian telah mengadakan satu sesi taklimat Wawasan Brunei 2035